Sumbangan Kecemerlangan UPSR 2019

Category: Pengumuman Hits: 375
Kepada semua anggota yang mempunyai anak yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR (mendapat enam A dalam semua mata pelajaran), boleh memohon sumbangan daripada Tabung Kebajikan Bersama mulai 21/11/2019 dan tarikh tutup pada 28/02/2020.

Syarat memohon:
1. Permohonan hendaklah dibuat sebelum 100 hari dari tarikh keputusan peperiksaan diumumkan iaitu sebelum 28/02/2020.
2. Telah lebih dari satu (1) tahun menjadi anggota.
3. Mengisi borang dengan lengkap beserta keputusan peperiksaan yang disahkan.
4. Anggota wanita yang memohon perlu sertakan salinan Sijil Kelahiran anak.
5. Sumbangan Tabung ini sebanyak RM100.00

Sila hantar dengan kadar segera. Terima kasih