Objektif
Mengawasi aktiviti-aktiviti pihak Pengurusan Kanan dalam pengurusan kredit, pelaburan, pasaran, likuidi, operasi, perundangan dan risiko-risiko lain serta memastikan proses pengurusan risiko diwujudkan dan berfungsi
Peranan Dan Tanggungjawab
Jawatankuasa Pengurusan Risiko adalah bertanggungjawab terhadap perkara-perkara berikut:-
- Mengkaji dan menyarankan strategi pengurusan risiko, dasar dan tolerasi risiko untuk kelulusan Lembaga
- Mengkaji dan menyarankan kecukupan dasar pengurusan risiko dan rangka kerja dalam mengenalpasti, menguukur, memantau dan mengawal risiko dan sejauh mana keberkesanan dasar dan rangka kerja tersebut beroperasi
- Memastikan insfrastruktur, sumber dan sistem diwujudkan untuk pengurusan risiko. Contohnya memastikan kakitangan yang bertanggungjawab mengendalikan sistem pengurusan risiko melaksanakan kewajipan berdasarkan mekanisme yang ditetapkan
- Mengkaji laporan pengurusan berkala ke atas pendedahan risiko, komposisi portfolio risiko dan aktiviti pengurusan risiko serta mengemukakan cadangan balas kepada Lembaga untuk tindakan susulan
- Mengkaji dan menyarankan strategi peningkatan reputasi dan imej koperasi