Keahlian Koperasi UiTM Berhadi
Keanggotaan Koperasi ini terbuka kepada : -
- Kakitangan Universiti Teknologi MARA yang bergaji tetap dan mempunyai budi pekerti yang baik
- Kakitangan Koperasi Kakitangan Universiti Teknologi MARA Berhad termasuk juga kakitangan di dalam subsidiarinya yang telah disahkan dalam jawatan.
Seseorang yang ingin menjadi anggota koperasi ini mestilah : -
- warganegara Malaysia
- telah mencapai umur lapan belas tahun
- bermastautin atau mempunyai hartanah atau bekerja dalam kawasan operasi Koperasi ini
- seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan, atau tidak upaya dari segi mental, atau bankrap yang belum dilepaskan, atau pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana Koperasi dalam tempoh satu tahun
Permohonan untuk menjadi anggota : -
Permohonan menjadi anggota hendaklah dibuat dalam borang rasmi Koperasi ini dan dialamatkan kepada setiausaha koperasi atau pegawai koperasi yang dipertanggungjawabkan.
Bayaran Masuk : -
- Tiap-tiap permohonan menjadi anggota hendaklah disertakan dengan fi masuk sebanyak RM10.00. Bayaran masuk itu menurut perenggan 50(a) Akta akan dikembalikan kepada pemohon jika permohonannya ditolak oleh Lembaga.
- Bekas anggota yang memohon untuk menjadi anggota semula dikenakan fi masuk sebanyak RM50.00.
- Penama atau wakil yang sah kepada anggota yang mati jika memohon untuk menjadi anggota dalam tempoh enam bulan selepas kematian anggota itu, tidak dikenakan bayaran masuk.Semua bayaran masuk hendaklah dikreditkan ke dalam akaun untung rugi.