Help Desk : +603 - 5519 5912 | Fax : +603 5513 0540 | Emel : info@uitmkoop.com.my

Mesyuarat Agung Perwakilan Ke-21 2016

Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali Ke Dua Puluh Satu (21) Koperasi

Kakitangan Universiti Teknologi MARA Berhad telah diadakan pada 30 Julai 2016 bertempat di Emerald Ballroom, Hotel Goldcourse Klang, Selangor Darul Ehsan. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan telah dirasmikan oleh Prof. Dr. Muhammad Rahimi Othman, Dekan ACIS bagi mewakili Naib Canselor UiTM. Mesyuarat juga turut dihadiri oleh Puan Faizah Ibrahim, Penolong Pengarah Kanan Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Selangor.

Koperasi Kakitangan UiTM Berhad telah menyerahkan cek sumbangan zakat sebanyak RM100,000.00 kepada Pusat Zakat, Sedekah & Wakaf UiTM untuk diagihkan kepada pelajar-pelajar yang lebih memerlukan.

Puan Nurashikin Jamaluddin telah dianugerahkan sebagai Penerima Anugerah Khidmat Cemerlang bagi tahun 2015. Koperasi juga telah menganugerahkan Wakil Tetap Cemerlang kepada En. Mohd Shariff Ahamad (Melaka) dan En. Ahmad Khushairy Mohd Yusof (Perak).

Pengerusi

Kejayaan Koperasi Kakitangan UiTM Berhad adalah kerana adanya tadbir urus yang professional, sokongan daripada ahli yang sentiasa bersama-sama memacu ke arah kejayaan, Bak kata pepatah "Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat".

Dr. Zulkifli Abd. Latiff

Kalendar Aktiviti

No events

Who's online

We have 11 guests and no members online

Hubungi Kami

  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  +603 5519 5912
  +603 5513 0540
  B-13, Worldwide@7, Jalan Lazuardi 7/29, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Media Social