Help Desk : +603 - 5519 5912 | Fax : +603 5513 0540 | Emel : info@uitmkoop.com.my

Keahlian Koperasi UiTM Berhadi

Keanggotaan Koperasi ini terbuka kepada : -

  • Kakitangan Universiti Teknologi MARA yang bergaji tetap dan mempunyai budi pekerti yang baik
  • Kakitangan Koperasi Kakitangan Universiti Teknologi MARA Berhad termasuk juga kakitangan di dalam subsidiarinya yang telah disahkan dalam jawatan.

Seseorang yang ingin menjadi anggota koperasi ini mestilah : -

  • warganegara Malaysia
  • telah mencapai umur lapan belas tahun
  • bermastautin atau mempunyai hartanah atau bekerja dalam kawasan operasi Koperasi ini
  • seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan, atau tidak upaya dari segi mental, atau bankrap yang belum dilepaskan, atau pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana Koperasi dalam tempoh satu tahun

Permohonan untuk menjadi anggota : -

Permohonan menjadi anggota hendaklah dibuat dalam borang rasmi Koperasi ini dan dialamatkan kepada setiausaha koperasi atau pegawai koperasi yang dipertanggungjawabkan.

Bayaran Masuk : -

  • Tiap-tiap permohonan menjadi anggota hendaklah disertakan dengan fi masuk sebanyak RM10.00. Bayaran masuk itu menurut perenggan 50(a) Akta akan dikembalikan kepada pemohon jika permohonannya ditolak oleh Lembaga.
  • Bekas anggota yang memohon untuk menjadi anggota semula dikenakan fi masuk sebanyak RM50.00.
  • Penama atau wakil yang sah kepada anggota yang mati jika memohon untuk menjadi anggota dalam tempoh enam bulan selepas kematian anggota itu, tidak dikenakan bayaran masuk.Semua bayaran masuk hendaklah dikreditkan ke dalam akaun untung rugi.

Pengerusi

Kejayaan Koperasi Kakitangan UiTM Berhad adalah kerana adanya tadbir urus yang professional, sokongan daripada ahli yang sentiasa bersama-sama memacu ke arah kejayaan, Bak kata pepatah "Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat".

Mohd Ikram Md. Nazir

Kalendar Aktiviti

No events

Who's online

We have 45 guests and no members online

Hubungi Kami

  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  +603 5519 5912
  +603 5513 0540
  B-13, Worldwide@7, Jalan Lazuardi 7/29, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Media Social