Help Desk : +603 - 5519 5912 | Fax : +603 5513 0540 | Emel : info@uitmkoop.com.my

Tujuan pajak gadai (Ar-Rahnu) ini ialah untuk memberi perkhidmatan kepada anggota-anggota yang memerlukan khidmat gadaian mengikut syariat Islam.

Peraturan membuat gadaian

  • Menggunakan Borang ARI dengan melengkapkan bahagian A dan serahkan bersama kad pengenalan anggota ketika membuat gadaian.
  • Barang gadaian yang diserah akan dinilaikan berdasarkan harga pasaran.
  • Penggadai berhak mendapat pinjaman hanya sebanyak tidak lebih daripada 60% daripada nilai harga emas yang digadai, tertakluk kepada Aturan 7
  • Nilai harga barang yang dinilai adalah muktamad
  • Setelah pemegang gadai dan anggota bersetuju, ijab kabul disempurnakan penggadai akan diberi satu Tiket Gadai seperti Borang AR2.
  • Semua peraturan dan kelayakan adalah tertakluk kepada aturan-aturan undang-undang kecil Koperasi Kakitangan UiTM Berhad dan pindaan ke atasnya dari semasa ke semasa.

Had Pinjaman

Amaun pinjaman yang boleh diberi adalah tidak lebih daripada 60% daripada nilai (emas) barang yang digadai, tertakluk kepada maksima sebanyak RM5,000.00 atau yang mana lebih mudah. Walau bagaimanapun pihak pemegang gadai berhak mengurangkan had maksima ini dalam keadaan yang difikirkan munasabah.

Tempoh Gadaian

Tempoh gadaian ialah tiga bulan. Walaubagaimanapun, penggadai boleh memohon untuk melanjutkan tempoh selama tiga bulan lagi dengan syarat ia membayar semua upah bagi tempoh tiga bulan yang telah luput.

Bayaran Pentadbiran

Tiap-tiap urusniaga gadaian akan dikenakan bayaran pentadbiran sebanyak RM1.00

Bayaran Pentadbiran

Tiap-tiap urusniaga gadaian akan dikenakan bayaran pentadbiran sebanyak RM1.00

Upah

Bayaran upah berasaskan kepada nilai semasa barang yang digadaikan, adalah seperti berikut:

  • RM1.00 - RM 500 / RM0.50 setiap RM100 / Sehari hingga 30 hari
  • RM501 - RM1,000 / RM0.60 setiap RM100 / Sehari hingga 15 hari
  • RM2,001 - RM10,000 / RM0.70 setiap RM100 / Sehari hingga 15 har

Pengerusi

Kejayaan Koperasi Kakitangan UiTM Berhad adalah kerana adanya tadbir urus yang professional, sokongan daripada ahli yang sentiasa bersama-sama memacu ke arah kejayaan, Bak kata pepatah "Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat".

Mohd Ikram Md. Nazir

Kalendar Aktiviti

No events

Who's online

We have 36 guests and no members online

Hubungi Kami

  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  +603 5519 5912
  +603 5513 0540
  B-13, Worldwide@7, Jalan Lazuardi 7/29, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Media Social