Umum
Umum
UiTMKOOP ditubuhkan pada 28 November 1968 dengan nombor pendaftaran 4425
Kakitangan Universiti Teknologi MARA yang bergaji tetap dan mempunyai budi pekerti yang baik; dan
Kakitangan Koperasi Universiti Teknologi Mara Berhad termasuk juga kakitangan didalam subsidiarinya yang telah disahkan jawatan ; dan
Kakitangan Universiti Teknologi MARA yang memilih untuk berkhidmat dengan bahagian-bahagian yang diswastakan oleh Universiti Teknologi MARA
Keanggotaan
Untuk menjadi anggota UiTMKOOP, tuan/puan hendaklah melengkapkan borang permohonan menjadi anggota ke alamat:
Koperasi Kakitangan UiTM Berhd
B-13, Worldwide@7, Jalan Lazuardi 7/29, Seksyen 7,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA
Seseorang yang ingin menjadi anggota Koperasi ini mestilah
(a) warganegara Malaysia;
(b) telah mencapai umur lapan belas (18) tahun ;
(c) bermastautin atau bekerja atau mempunyai tanah dalam kawasan operasi Koperasi ini ; dan
(d) bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan boleh daftar, atau tidak upaya dari segi mental, atau bankrap yang belum
dilepaskan, atau pernah dibuang
Permohonan menjadi anggota akan dibentangkan dalam mesyuarat bulanan Anggota Lembaga dan akan dimaklumkan secara bertulis kepada anggota dalam tempoh tidak lewat daripada tiga puluh hari selepas mendapat kelulusan mesyuarat bulanan
Terdapat 10 keistimewaan menjadi anggota UiTMKOOP
Pulangan Pelaburan
Di Saat Memerlukan
Keperluan Tambahan
Barangan Berkualiti Harga Berpatutan
Sempurnakan Impian
Perlindungan Berpanjangan
Hadiah Sampingan
Bantuan Tanpa Bayaran / Pinjaman Tanpa Faedah
Tabungan Persaraan Dipulangkan
Warisan Meniti Puncak Wawasan
Untuk mendapatkan penjelasan terperinci, tuan/puan boleh menghubungi pegawai kami di bahagian keanggotaan di talian
+603 5519 5912 / +603 5510 4512 / +603 5512 0689
info@uitmkoop.com.my ;
Tuan / puan juga boleh mengajukan sebarang pertanyaan ke whatsapp Bahagian Keanggotaan ke no. +6013 837 4425
Pembiayaan
Untuk memohon pembiayaan Koperasi, tuan/puan perlu melengkapkan borang permohonan pembiayaan berserta dokumen sokongan yang perlu dihantar ke alamat pejabat UiTMKOOP seperti berikut:
Koperasi Kakitangan UiTM Berhd
B-13, Worldwide@7, Jalan Lazuardi 7/29, Seksyen 7,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA
Dokumen sokongan yang diperlukan ialah:
Satu (1) salinan kad pengenalan peminjam (depan dan belakang)
Satu (1) salinan penyata gaji terkini
Satu (1) salinan kad pengenalan penjamin-penjamin (depan dan belakang), jika memohon pembiayaan berjamin
1. Pembiayaan Tunai 90% Yuran Terkumpul
2. Pembiayaan Tunai Berjamin
3. Pembiayaan Membeli Barangan/Perkhidmatan
4. Pembiayaan Kecemasan
5. Pembiayaan Pendidikan (IPT
6. Pembiayaan Mengerjakan Umrah/Pelancongan
Borang pembiayaan boleh diperolehi dengan beberapa cara berikut:
Muat turun dari laman sesawang UiTMKOOP
Mengunjungi Pejabat UiTMKOOP
Mendapatkan dari Wakil Tetap Cawangan
Tuan/puan boleh menyemak baki pembiayaan melalui webportal
(i) Anggota yang telah diterima masuk menjadi anggota selama tiga bulan dan telah menyempurnakan ansuran bayaran yuran dan syer bagi tempoh yang
tersebut.
(ii) Jumlah maksima pembiayaan adalah RM150,000.00 atau
(iii) Potongan gaji pemohon tidak melebihi 60% atau mana yang terendah antara perkara (ii) dan (iii).
(iv) Tidak mempunyai tunggakan bayaran pembiayaan dan dikenakan tindakan guaman daripada institusi kewangan lain dengan baki pembiayaan terkumpul
melebihi RM50,000.00.
(v) Bebas daripada tindakan pihak Insolvensi atau Bankrap.
(vi) Kakitangan UiTM dan Koperasi dengan taraf jawatan berstatus KONTRAK dan menjadi Anggota Koperasi layak memohon pembiayaan mengikut tempoh kontrak
perjawatannya sahaja. Lain- lain syarat masih tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan pembiayaan.
(vii) Kakitangan UiTM dengan taraf jawatan berstatus TETAP dan belum disahkan jawatan, hanya layak memohon sebanyak RM20,000.00 sahaja jika tempoh
keanggotaan belum mencapai 12 bulan. Bagi Kakitangan UiTM dengan taraf jawatan TETAP dan telah disahkan jawatan layak memohon sehingga jumlah
permohonan maksima RM150,000.00 atau tidak melebihi 60% potongan gaji atau mana yang terendah.
(viii) Kakitangan koperasi yang telah disahkan jawatan adalah layak memohon pembiayaan daripada koperasi. Jenis pembiayaan yang boleh diberi kepada pekerja-
pekerja koperasi ialah pembiayaan berjamin sekurang-kurangnya satu orang anggota yang layak menjamin. Lain- lain syarat adalah tertakluk kepada syarat
kelayakan pembiayaan.
(ix) Anggota Lembaga adalah dibenarkan meminjam dan tidak boleh menjamin sesuatu pembiayaan tempoh di dalam jawatannya sebagai Anggota Lembaga
kepada Anggota lain namun boleh menjamin antara Anggota Lembaga.
(x) Pembiayaan Tunai bertindih boleh dipertimbangkan sekiranya anggota masih mempunyai kelayakan potongan gaji yang dibenarkan dengan mengemukakan
dokumen-dokumen sokongan yang sah
Untuk mendapatkan penjelasan terperinci, tuan / puan boleh menghubungi pegawai kami di Bahagian Kewangan di talian
+603 5519 5912 / +603 5510 4512 / +603 5512 0689
Tuan / puan juga boleh mengajukan sebarang pertanyaan ke Whatsapp unit kewangan ke no. +6011 6483 5795
Anggota dibenarkan membuat penyelesaian awal pembiayaan di atas dan surat penyelesaian awal pembiayaan boleh diperolehi dari Unit Kewangan UiTMKOOP
Tiap-tiap orang anggota hanya boleh menjamin tidak lebih daripada empat orang peminjam pada sesuatu masa
Ianya dibenarkan. Tuan / puan boleh menghantar BORANG PERTUKARAN PENJAMIN
TIDAK
Anggota yang telah diterima masuk menjadi anggota selama tiga (3) bulan dan telah menyempurnakan ansuran bayaran yuran dan syer bagi tempoh yang tersebut
Pengeluaran 60% Caruman
Seseorang anggota boleh mengeluarkan tidak lebih enam puluh peratus daripada jumlah yurannya atau RM3,000.00 (Ringgit :tiga ribu sahaja), mana yang kurang bagi maksud:
(a) perbelanjaan persekolahan anggota atau tanggungannya.
(b) membeli rumah atau tanah atau kedua-duanya
(c) menunaikan haji atau umrah dan acara keagamaan (untuk bukan Islam)
(d) kes-kes kecemasan yang mempunyai bukti,
dengan syarat anggota tersebut tidak mempunyai tanggungan dalam Koperasi
Yuran hanya boleh dikeluarkan dua kali sahaja selama seseorang itu menjadi anggota dan pengeluaran kali kedua hendaklah sekurang-kurangnya sepuluh tahun dari tarikh pengeluaran pertama.
Tabung Kebajikan Bersama (TKB)
1. Membantu perbelanjaan mengurus kematian anggota atau keluarga anggota.
2. Menderma kepada anggota yang ditimpa kemalangan / sakit yang mendapat rawatan wad / bencana alam / musibah lain.
3. Menderma kepada badan-badan kebajikan yang diiktiraf bagi meneruskan aktiviti-aktiviti kebajikannya.
4. Menderma kepada badan-badan yang dianjurkan oleh Kerajaan dengan tujuan untuk membangun masyarakat.
5. Menderma kepada angota/anak-anak anggota yang mencapai keputusan cemerlang di dalam peperiksaan SPM / STPM /STAM / DIPLOMA/IJAZAH SARJANA MUDA
DENGAN KEPUJIAN IPTA YANG DIIKTIRAF OLEH KERAJAAN.
6. Membantu anggota yang dibersarakan atas sebab-sebab kesihatan.
7. Membantu/menderma bagi penempatan anggota yang bersara atas sebab kesihatan / wajib/ pilihan mengikut peraturan 10.6.
8. Memberi Bantuan Pinjaman Persekolahan kepada anggota.
9. Menderma kepada anggota yang mengalami keilatan kekal.
10. Menderma kepada anggota yang berkahwin kali pertama sahaja.
11. Kerana menderma kepada anggota (wanita) atau tanggungan anggota (isteri-isteri) yang mengalami keguguran kandungan.
12. menderma kepada anggota yang dikuarantin atas sebab penyakit yang berjangkit
Anggota Koperasi ini yang telah menjadi anggota selama satu tahun dengan tidak putus-putus, adalah layak untuk memohon derma dari Tabung Kebajikan Bersama ini. Walaubagaimanapun atas sebab kematian anggota syarat ini dikecualikan.
Semua permohonan derma hendaklah dipohon dalam tempoh 100 hari dari tarikh satu- satu kejadian itu berlaku kecuali sumbangan persaraan.
Bantuan Pembiayaan Persekolahan
Tujuan Bantuan Pembiayaan Persekolahan ini adalah untuk membantu anggota menyediakan keperluan persekolahan anak-anak seperti membeli buku, pakaian, alat tulis, yuran dan lain-lain.
Jumlah Pembiayaan
Jumlah maksimum Bantuan Pinjaman Persekolahan ialah sebanyak RM1,500.00 (Ringgit : Satu Ribu Lima Ratus Sahaja)
Kos Perkhidmatan
TIADA