Bagi pembiayaan ini peminjam memerlukan penjamin yang terdiri daripada anggota Koperasi yang layak untuk menjamin tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Koperasi.
RM 1,000.00 -
RM 20,000.00
Syarat kelayakan
Dua (2) orang penjamin bagi anggota yang pendapatan di bawah RM2,000.00 atau;
Satu (1) orang penjamin bagi anggota yang pendapatan telah melebihi RM2,000.00 atau;
RM 20,001.00 -
RM 50,000.00
Syarat kelayakan
Dua (2) orang penjamin bagi anggota yang pendapatan di bawah RM4,000.00 atau;
Satu (1) orang penjamin bagi anggota yang pendapatan telah melebihi RM4,000.00 atau;
RM 50,001.00 -
RM 100,000.00
Syarat kelayakan
Dua (2) orang penjamin bagi anggota yang pendapatan di bawah RM7,000.00 atau;
Satu (1) orang penjamin bagi anggota yang pendapatan telah melebihi RM7,000.00 atau;
RM 100,001.00 -
RM 150,000.00
Syarat kelayakan
Tiga (3) orang penjamin bagi anggota yang pendapatan di bawah RM10,000.00 atau;
Dua (2) orang penjamin bagi anggota yang pendapatan telah melebihi RM10,000.00
Nota : Pihak Koperasi berhak menambah bilangan penjamin jika difikirkan perlu.
Kelayakan Pembiayaan
Bagi Pembiayaan Tunai Berjamin atau Pembiayaan Pengguna (Barangan), kelayakan pinjaman adalah 25 bulan gaji pokok atau RM150,000.00 yang mana kurang, tertakluk kepada potongan sedia ada anggota tidak melebihi 60% daripada gaji pokok, Kadar faedah adalah 4% dan 5% dan pembiayaan maksima mencapai RM 150,000.00.
Pihak Koperasi juga ada menyedia Pembiayaan Tunai 90% caruman, dalam perkara ini pembiayaan tidak memerlukan penjamin tetapi jaminan pinjaman ini adalah di atas caruman anggota yang meminjam. Tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh koperasi. Kelayakan Pembiayaan :-
Bagi Pembiayaan Tunai 90% Caruman Terkumpul, kelayakan adalah 90% daripada jumlah caruman terkumpul.
Kadar faedah 4% dan 5%
Pengiraan Kelayakan = Jumlah Caruman x 90% = Kelayakan
Pembiayaan ini disediakan untuk anggota atau tanggungan yang ingin menyambung pelajaran ke institusi pengajian tinggi. Tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh koperasi Kelayakan pembiayaan
Bagi pembiayaan IPT, kelayakan memohon adalah sehingga RM2,500.00.
Setiap anggota layak memohon sekali bagi seorang anak sahaja.
Kadar faedah 4% setahun.
Lembaga boleh meluluskan segera permohonan pinjaman kecemasan ini kepada anggota-anggota yang memohon dengan syarat :
bahawa pembiayaan tidak melebihi RM1,000.00 setahun.
Kelulusan permohonan adalah berasaskan kepada bukti-bukti yang nyata yang disokong oleh dokumen-dokumen yang sah.
Permohonan menjadi anggota hendaklah dibuat dalam borang rasmi Koperasi ini dan dialamatkan kepada setiausaha koperasi atau pegawai koperasi yang dipertanggungjawabkan.
" Kejayaan Koperasi Kakitangan UiTM Berhad adalah kerana adanya tadbir urus yang professional, sokongan daripada ahli yang sentiasa bersama-sama memacu ke arah kejayaan, Bak kata pepatah "Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat ".
Syahrudin Hanib
📲 +6011 6483 5795 (Unit Kewangan)
📲 +6014 526 8123 (Pembiayaan HP/Barangan)
📲 +6013 382 4425 (Pembiayaan Tunai)
📲 +6011 7077 3367 (Pembayaran Tunai)
📲 +6012 295 4425 (Takaful Kenderaan)
📲 +6013 837 4425 (TKB/Bersara)
📲 +6013 325 4425 (Unit IT)
📲 +6017 990 4425 (ARAF)
📲 +6011 6426 4425 (Takaful Kenderaan Jabatan / Takaful Perjalanan (Travel PA)
✉️ info@uitmkoop.com.my
📞 +603 5519 5912
📞 +603 5510 4512
📞 +603 5512 0689
📠 +603 5513 0540
B-13, Worldwide@7, Jalan Lazuardi 7/29, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.