LAIN-LAIN

PENGELUARAN CARUMAN 60 PERATUS

Kelayakan anggota untuk mengeluarkan 60% daripada jumlah caruman terkumpul untuk tujuan:

Syarat-syarat utama memohon :


PAJAK GADAI ISLAM (AR-RAHNU)

Tujuan pajak gadai (Ar-Rahnu) ini ialah untuk memberi perkhidmatan kepada anggota-anggota yang memerlukan khidmat gadaian mengikut syariat Islam.

Peraturan membuat gadaian

Had Pinjaman

Amaun pinjaman yang boleh diberi adalah tidak lebih daripada 70% daripada nilai (emas) barang yang digadai, tertakluk kepada maksima sebanyak RM5,000.00 atau yang mana lebih mudah. Walau bagaimanapun pihak pemegang gadai berhak mengurangkan had maksima ini dalam keadaan yang difikirkan munasabah.

Tempoh Gadaian

Tempoh gadaian ialah tiga bulan. Walaubagaimanapun, penggadai boleh memohon untuk melanjutkan tempoh selama tiga bulan lagi dengan syarat ia membayar semua upah bagi tempoh tiga bulan yang telah luput.

Bayaran Pentadbiran

Tiap-tiap urusniaga gadaian akan dikenakan bayaran pentadbiran sebanyak RM1.00

Upah

Bayaran upah berasaskan kepada nilai semasa barang yang digadaikan, adalah seperti berikut:


INSURAN KENDERAAN

Kepada semua anggota koperasi yang ingin memperbarui takaful kenderaan masing - masing, anda boleh menghubungi Pejabat Koperasi dan boleh membuat bayaran secara ansuran.Bagi kakitangan UiTM yang bukan anggota koperasi juga digalakkan untuk memperbaharui takaful kenderaan melalui koperasi.