Sumbangan ini boleh diterima oleh anggota sekiranya tanggungan atau ibu/bapa anggota meninggal dunia. Waris pula akan menerima sumbangan sekiranya anggota itu sendiri meninggal dunia.
Kadar sumbangan adalah seperti dibawah :
RM20,000.00 bagi anggota yang meninggal dunia
RM1,000.00 bagi tanggungan anggota yang meninggal dunia.
Sumbangan ini boleh diterima bagi anggota yang telah lebih dari sepuluh tahun menjadi anggota koperasi dan bersara mengikut aturan-aturan yang dibenarkan oleh Koperasi dan UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA.
Kadar sumbangan
Keanggotaan lebih 5 tahun kurang 10 tahun - 10% daripada caruman terkumpul
Keanggotaan lebih 10 tahun kurang 15 tahun - RM3,000.00
Keanggotaan lebih 15 tahun kurang 20 tahun - RM4,000.00
Keanggotaan lebih 20 tahun kurang 25 tahun - RM5,000.00
Keanggotaan lebih 25 tahun kurang 30 tahun - RM6,000.00
Keanggotaan lebih 30 tahun - RM7,000.00
Sumbangan ini adalah untuk tanggungan anggota koperasi yang mendapat keputusan cemerlang dalam keputusan akademik mereka.
Had sumbangan
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
RM300.00 - Sekurang kurangnya mendapat 7A dalam mana-mana mata pelajaran.
Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau setaraf
RM400.00 - mendapat sijil penuh dan mendapat 2.5 GPA bagi tiga (3) mata pelajaran
Tamat Pengajian Di IPTA (AWAM)
RM500.00 - mendapat sekurang-kurangnya kelayakan tamat dengan CGPA 3.5 ke atas. atau lulus di peringkat Pengajian Perubatan.
Sumbangan ini diwujudkan untuk membantu anggota yang ditimpa musibah dari bencana alam mahupun kemalangan.
Kemalangan
Masuk wad : Anggota yang ditimpa kemalangan dan dimasukan ke wad hospital kerajaan atau swasta
Kadar sumbangan
1 hingga 5 hari RM300,00
6 hingga 9 hari RM500.00
10 hari dan ke atas RM700.00
Bencana Alam
Bencana alam termasuk kebakaran, banjir, ribut dan lain-lain musibah
Kadar sumbangan
20% daripada anggaran kerugian
Bantuan dalam bentuk pembiayaan tanpa faedah, kepada anggota yang memenuhi syarat sahaja , anak yang bersekolah (Pra Sekolah / Sekolah Rendah / Sekolah Menengah) dan Jawatankuasa berhak menolak permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat.
Kadar Pembiayaan :
Tidak Melebihi RM2,000.00 (seorang anak RM500.00)
Kemudahan bantuan pembiayaan bukan satu hak.
Sumbangan dan Derma
Menderma kepada badan-badan yang dianjurkan oleh Kerajaan bagi pembangunan masyarakat.
Kadar sumbangan
Badan-badan kebajikan yang diiktiraf untuk meneruskan aktiviti kebajikan
Sumbangan sehingga RM500.00
Sumbangan Perkahwinan
Sumbangan ini diwujudkan untuk membantu anggota untuk perkawinan yang pertama kali sahaja
Kadar sumbangan
Sumbangan kerana perkahwinan (Pertama kali sahaja) RM100
Sumbangan Keguguran
Sumbangan ini diwujudkan untuk membantu anggota / tanggungan yang keguguran.
Sumbangan kerana Keguguran sebanyak RM300.00. Jika suami juga adalah anggota Koperasi, maka layak mendapat sumbangan yang sama RM300.00
Sumbangan Menunaikan ibadah haji sahaja.
Sumbangan ini diwujudkan untuk membantu anggota yang pergi menunaikan ibadah haji.
Sumbangan menunaikan haji adalah sebanyak RM300.00. Sumbangan hanya layak diberikan untuk kali pertama sahaja.
" Kejayaan Koperasi Kakitangan UiTM Berhad adalah kerana adanya tadbir urus yang professional, sokongan daripada ahli yang sentiasa bersama-sama memacu ke arah kejayaan, Bak kata pepatah "Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat ".
Syahrudin Hanib
📲 +6011 6483 5795 (Unit Kewangan)
📲 +6014 526 8123 (Pembiayaan HP/Barangan)
📲 +6013 382 4425 (Pembiayaan Tunai)
📲 +6011 7077 3367 (Pembayaran Tunai)
📲 +6012 295 4425 (Takaful Kenderaan)
📲 +6013 837 4425 (TKB/Bersara)
📲 +6013 325 4425 (Unit IT)
📲 +6017 990 4425 (ARAF)
📲 +6011 6426 4425 (Takaful Kenderaan Jabatan / Takaful Perjalanan (Travel PA)
✉️ info@uitmkoop.com.my
📞 +603 5519 5912
📞 +603 5510 4512
📞 +603 5512 0689
📠 +603 5513 0540
B-13, Worldwide@7, Jalan Lazuardi 7/29, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.